Ramai yang bertanyakan pendapat Putri tentang isu PTPTN yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Putri antara peminjam PTPTN. Setakat ni, Putri dah bayar hampir RM5K. Pointer Putri hanya 3.33 sahaja, jadi Putri perlu melangsaikan pinjaman tersebut. Apa-apa pun hutang tetap hutang. Kena langsaikan. Kalau nak perjuangkan pun, minta sahajalah caj setiap bulan itu dimansuhkan bukan keseluruhan hutang. Kebanyakan peminjam terasa beban bab itu sahaja.
Jika tidak kerana PTPTN, mesti Putri sukar untuk menjalani kehidupan di universiti kerana Putri bukan datang dari keluarga yang berada. Mana taknya ketika belajar degree dulu, Putri merupakan pelajar sepenuh masa.
Selepas tamat degree dan setelah dapat kerja, Putri sambung pengajian Master dan PhD dengan duit simpanan dari gaji. Tidak memohon apa-apa pinjaman pendidikan. Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan. Tiada masalah dari segi kewangan.
Jika ada mereka yang merasa beban dengan pinjaman pendidikan seperti PTPTN, jangan pinjam. Cari kerja dan bayar sendiri perbelanjaan untuk belajar itu. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
P/S : Ketika Putri sambung Master dulu, asalnya Putri hanya bekerja sebagai kerani sahaja. Tetapi semangat hendak belajar itu tinggi, Putri tetapkan pendirian. Waktu itu, selepas tamat waktu pejabat, Putri buat part time tutor dan guru tuisyen di rumah. Memang letih kerana tidak cukup rehat. Allah tu Maha Besar, Putri dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir sebulan selepas Putri menjadi pelajar Master. Jadi, kurang beban yang ditanggung oleh Putri. Niat yang ikhlas, insyaAllah Tuhan akan membantu dengan apa jua cara.
Begitu juga dengan cabaran ketika hendak melanjutkan pelajaran ke PhD. Putri diduga oleh mereka yang tidak mahu membayar hutang di atas nama Putri. Suka tidak suka, Putri kena tanggung sebanyak RM2000 hutang tersebut. Terasa beban sebab nak gunakan duit untuk belajar. Tapi Allah Maha Besar, tidak disangka-sangka Putri mendapat RM2000 daripada dua hamba Allah sebagai hadiah kerana melihat semangat Putri untuk sambung belajar lagi.
Kesimpulannya, jika kita ikhlas untuk belajar insyaAllah Tuhan akan tunjukkan jalan dan dipermudahkan perjalanannya.